Teknologi Mengubah Lanskap Sistem Pengangkutan Indonesia?

Tanggapan saya kini berubah, suatu ketika dahulu pengangkutan bajet boleh menjadi mimpi ngeri. Saya sendiri pernah dirompak secara ‘terang2an’ di dalam pengangkutan awam dan telah ‘mengorban’ kan Nokia 3310 saya. Pengalaman menetap di Indonesia selama beberapa tahun menjadikan saya ber’mindset’ kasar terhadap dunia pengangkutan. 

Indonesia sebuah negara yang mempunyai populasi yang tinggi. Siapa yang pernah ke Indonesia pasti tahu bagaimana keadaan negara ini dari sudut geografi dan budayanya. Jakarta pula, sebuah ibukota yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dan kini jumlahnya hampir mencecah 33 juta penduduk, menjadikan Jakarta antara ibukota yang mempunyai penduduk paling padat di dunia. Hampir setiap hari penduduknya akan menghabiskan masa berjam-jam di dalam kesesakan lalulintas.

BlueBird

Jenama yang sudah terkenal di Indonesia sebagai Big Player dalam industri teksi juga sebuah bisnes keluarga yang telah beroperasi hampir 40 tahun di Indonesia. Teksi biru ini dahulunya menjadi sebutan ramai kerana antara syarikat teksi yang paling selesa dan boleh dipercayai.

Namun, syarikat yang mempunyai jenama kini hampir tumbang kerana arus perubahan teknologi pengangkutan yang begitu pantas. Tatkala mereka berusaha untuk membuat ‘exit plan’ dengan menubuhkan Blue-Jek, ternyata juga tumbang sebelum berkembang. Kerana masa yang sesuai (right time) telah mendahului idea mereka.

Credit to Google Image

Tekanan Emosi dan Keperluan

Kewujudan dan berkembangnya Bluebird tidak dapat menyelesaikan kemelut dunia pengangkutan. Dengan tekanan hidup yang kian menghimpit dan keadaannya media yang tidak terkawal, manusia lebih mementingkan emosinya berbanding keperluan.  Ketika ini, Uber, Grab dan Go-jek bijak memainkan peranan mengubah mindset ketika tekanan emosi sedang kemuncak. Dahulunya orang malu untuk mengambil ojek dan dipandah rendah dengan sistem ‘teksi motor’, namun kini persepsi itu sudah jauh berubah. Selain lebih praktis dan pantas, tidak ada lagi tawar menawar.

Saya percaya akan muncul beberapa lagi idea baru dalam industri ini tidak lama lagi. Lanskap transportation akan terus berubah selagi ‘tekanan’ itu ada