Wahdah 3.0 : Transformasi antaramuka mobile

Wahdah sudah melalui beberapa transformasi sejak setahun lalu. Menjadi CTO dalam Wahdah seperti membetulkan kapal terbang yang sedang terbang. Ia satu tugas yang mendebarkan tetapi menyeronokkan.

Antara projek yang terbaharu adalah memfokuskan bahagian pelanggan kami. Ini adalah projek yang besar kerana ini adalah sumber pendapatan Wahdah, muka utama apabila pelanggan datang untuk mendapatkan perkhidmatan kereta sewa.

Dari Google Analytics pengunjung yang data dari mobile adalah dengan purata 60% mobile / 40% desktop, tetapi pendapatan dari mobile vs desktop  berbeza iaitu 32% pendapatan adalah dari mobile / 68% adalah dari desktop. Menarik bukan ? Jadi satu hipotesis sudah dibuat untuk memperbaiki conversion rate di mobile.

Selain dari mobile apps (Android / iOS ) , mobile web secara responsif  (di mana apabila sistem dapat kesan pengguna dari mobile, antaramuka web akan bertukar untuk pengguna mobile) adalah alternatif terbaik untuk pelanggan kami.

Muka hadapan

Menu atas di klik

Footer

Di atas adalah antaramuka mobile Wahdah.my sekarang. Agak baik mengikut standard, tetapi kami mahu lebih lagi kerana kami ada 60% pelanggan mengakses Wahdah melalui mobile dan hanya 32% jualan.

Eksperimen pertama adalah halaman produk limousine kami.

Muka hadapan limousine

Tiada apa yang berubah kerana muka hadapan sudah cukup mudah, tetapi apa yang kami cuba ubah adalah di ruangan menu dan footer.

Menu apabila diklik tidak seperti sebelum ini. Kami menggunakan UX yang biasa di mobile apps dengan side slide berbanding dengan sekarang top slide. Footer di bawah juga kami buang dan dipindahkan ke menu tepi ini. Ini nampak lebih kemas.

Juga kelihatan di sini ada beberapa features baharu seperti terjemahan ke Bahasa Malaysia / English  dan juga matawang USD / RM.

Jika sebelum ini, untuk telefon ke hotline Wahdah tidak secara auto apabila pelanggan klik ke nombor tersebut, beberapa penambah baikan yang mudah membolehkan pelanggan klik dan terus telefon ke hotline Wahdah di mobile.

Ini adalah antara perancangan Wahdah 3.0 , dengan penambah baikan antaramuka mobile. Dengan penambahan ini, diharapkan conversion di mobile juga meningkat selaras dengan peratusan pelanggan di mobile. Kami belum habis lagi bereksperimen, dan berharap dapat melancarkan versi baharu ini secepat yang mungkin.

Saya juga akan mencuba A/B testing atau Split testing untuk mengenal pasti, adakah antara muka baharu memudahkan atau tiada perubahan yang berlaku. Jika berubah, 😁, jika tidak 😥 , kita cuba lagi 💪.