Evolusi Content Management untuk Wahdah

Halaman web Wahdah.my telah berlaku beberapa evolusi sehingga terhasilnya #newWahdah sekarang . Kami menggunakan Drupal (versi 7) untuk kandungan website muka hadapan bagi pelanggan dan subdomain untuk aplikasi tempahan (menggunakan CakePHP) .

Versi pertama halaman web Wahdah

Pada versi pertama, kami menggunakan iframe untuk mengeluarkan form tempahan kereta. Cukup mudah tetapi banyak kelemahan dari segi SEO dan responsive mobile. Ini kami warisi dari pembangun terdahulu jadi kami rasa kami boleh tambah baik lagi versi asal ini.

Versi kedua halaman web Wahdah

Pada versi kedua, kami menggunakan Drupal dan module custom kami sendiri. Kami rasa ini adalah jalan yang terbaik kerana kami boleh mengawal apa yang dipaparkan di Drupal.  Beberapa kebaikan adalah Drupal banyak module yang boleh digunakan untuk penambah fungsi-fungsi tambahan halaman web kami.

Keburukan yang kami rasa adalah kesukaran untuk membangunkan module dalam Drupal (mungkin kelemahan sendiri) dan satu lagi kami aktif membangunkan aplikasi tempahan sehingga kadang-kadang kami terlupa update form tempahan di module Drupal.

Kami perlu mengawal ‘pengalaman’ untuk pelanggan kami apabila membuat tempahan dan kami rasa dengan Drupal ia menghalang apa yang kami ingin beri kepada pelanggan.

Ada beberapa pilihan yang ada.

  • Buat module CMS di CakePHP dan kawal segalanya di CakePHP

Cara ini bagus tetapi akan menambah beban pengaturcara kami untuk membangunkan modul yang tidak ada kena mengena dengan aplikasi utama. CMS dari segi teori nampak mudah, tetapi akan menjadi semakin sukar dengan feature yang bertambah. Ini adalah satu beban yang kami tidak mahu untuk tambah kepada pengaturcara kami. Jadi kami memilih cara kedua iaitu

  • Jadikan Drupal RESTful mengguna module Services dan tarik kandungan ke aplikasi CakePHP Wahdah

Cara ini menyebabkan beban pengaturcara lebih ringan kerana fokus untuk pemaparan kandungan di aplikasi dan semua kerja berat proses format kandungan masih dijalankan oleh Drupal.

Halaman web baharu Wahdah

Jadi apa yang anda lihat di https://www.wahdah.my sekarang adalah aplikasi CakePHP semata-mata dan semua content seperti

Blog – https://www.wahdah.my/blog
Berita – https://www.wahdah.my/news
Halaman statik – https://www.wahdah.my/the-team

Ini semua ditarik dari Drupal untuk halaman web baharu kami.  Kami gembira dengan keputusan yang dibuat. Segala ‘pengalaman’ yang diberikan kepada pelanggan lebih mudah dikawal kerana kami yang bangunkan ‘kedai’ ini  dari awal. Wahdah akan sentiasa berevolusi dan kami harap perkongsian ini memberikan menafaat kepada semua 💪 .