Mencari kesetiaan selamanya, pelancaran WaClub & WaPoint

Sistem tempahan Wahdah boleh dikatakan sudah lengkap. Pelanggan boleh menempah kereta dan mendapatkan pengesahan tempahan hampir dalam ‘realtime’. Mereka juga boleh menghantar ulasan terhadap perjalanan dan pengalaman apabila menempah kereta dari Wahdah. Jadi apa lagi yang pelanggan mahu ? Dan apa yang Wahdah mahu ?

Wahdah mahu kesetiaan dari pelanggan mereka, dan setakat ini Wahdah hanya menggunakan servis yang terbaik dan mendengar apa yang pelanggan ulas setelah mereka memulang kereta mereka. Kami tambah baik dari maklum balas mereka. Ada pelanggan akan membandingkan harga, ada yang terus menempah dari partner Wahdah kerana mereka memberikan harga yang lebih murah. Jadi kami berfikir, apa yang boleh membeli kesetiaan ? (macam surat cinta pulak)

Apabila kesetiaan diinginkan, Wahdah perlu memberikan janji. Jadi janji pertama kami adalah setiap tempahan pelanggan akan diberikan semula dari bentuk hadiah dan hadiah ini kami berikan nama WaPoint . Setiap RM yang dibelanjakan akan diberikan WaPoint dan boleh ditebus untuk setiap tempahan yang seterusnya. Jadi tempahan yang seterusnya akan bertambah murah dari tempahan sebelum. Ini mungkin boleh menggembirakan pelanggan dan membeli kesetiaan mereka.

Bagus bukan ?

Janji yang kedua, ada pelanggan yang mengeluh, mereka sudah menempah beberapa kali, kenapa tiada diskaun untuk mereka. Mereka tiada beza dengan pelanggan yang menempah pertama kali. Mereka mahu rasa, mereka adalah istimewa, mereka tidak ingin membayar deposit, kerana risiko mereka adalah rendah berbanding pelanggan kali pertama.

Kami dengar dan kami berikan pelanggan yang pernah mendaftar termasuk dalam satu kelab yang dinamakan WaClub. WaClub terbahagi kepada 2, WaClub Basic yang mendapat WaPoint dan WaClub Premium yang mendapat 5% diskaun setiap tempahan (boleh digabungkan dengan promo kod sedia ada) , 1.5 x WaPoint untuk setiap RM yang dibelanjakan dan tiada deposit dikenakan (wow !!) untuk setiap tempahan mereka, kerana kami percaya mereka adalah istimewa.

Jadi apa lagi yang pelanggan mahu !

 

Anda boleh  layari halaman WaClub untuk maklumat lanjut