Siri UX : Tambah baik muat naik dokumen

Ini adalah proses pembayaran sebelum ini, apabila pelanggan sudah membuat pembayaran, mereka akan dipaparkan ucapan terima kasih dan redirect ke halaman tempahan mereka. Mereka akan menerima satu email apabila tempahan sudah diterima untuk muat naik passport / IC dan lesen mereka (untuk pemandu kereta tersebut).  Masalahnya kadang-kadang mereka tutup terus browser dan terlupa untuk muat naik sehingga hari tempahan mereka 🙁

Ada beberapa situasi dalam proses ini :

  • Pelanggan sedia ada, dokumen yang sama dengan tempahan sebelumnya
  • Pelanggan sedia ada, dokumen yang baharu kerana mereka menggunakan pemandu lain.
  • Pelanggan baharu.

Jadi apa yang boleh dibuat ?

Paparan 1 : Iterasi pertama

Ini adalah iterasi pertama, tidak terus redirect, tetapi diberi pilihan sama ada mereka boleh terus ke halaman tempahan atau terus ke halaman muat naik dokumen. Saya nampak ada cara boleh ditambah baik.

 

Paparan 2: Iterasi ke 2

Kami paparkan invois untuk lebih banyak maklumat apabila proses pembayaran berjaya. Ini tidak menambahkan proses tetapi hanya memenuhkan maklumat di halaman tersebut.

Paparan 3: Iterasi ke 3

Dalam situasi pelanggan sudah ada dokumen sebelum ini, kami paparkan dokumen mereka , dan jika mereka setuju, hanya klik Yes. Tetapi butang Booking Details, Yes, I want to upload a new one , sangat berterabur.

 

Jadi kami cuba satu konsep menggunakan pilihan, paparkan details pembayaran dan beri mereka pilihan jika mereka mahu menghantar IC / Lesen sekarang atau kemudian.

Paparan 4 : paparan untuk pengguna baharu.

Paparan 5 : paparan untuk pengguna berulang

Butang ini akan berubah dengan pilihan yang dipilih.

Jadi ada 3 butang bertukar mengikut pilihan,

  1. Go to booking Details
  2. Go to Upload Documents
  3. Submit Documents and go to Booking details

Setakat ini kami berpuas hati dengan iterasi ini. Sudah sebulan dilancarkan hampir 90% tempahan memuat naik terus dokumen mereka berbanding 50% sahaja sebelum ini. Kami berharap proses ini memberikan idea bagaimana kami menggunakan pembaikan berterusan. Tidak perlu sempurna, tetapi pusingan Build -> Measure -> Learn akan digunakan untuk iterasi baharu  hasil dari data pelanggan.