Filter Input Escape Output. Hello ?

Ada satu terma di dalam pengaturcaraan, Filter Input, Escape Output. Pos ini bukanlah tentang programming, tetapi tentang nombor telefon.

Wahdah merupakan satu sistem yang menerima tempahan bukan sahaja dari Malaysia, tetapi negara lain. Apabila tempahan diterima, kami akan menghantar notifikasi SMS melalui no telefon yang diterima. Kadang-kadang, nombor yang dihantar bukan dalam format negara yang betul. Contoh nombor telefon Malaysia dimulakan dengan +60 dan Singapura bermula dengan +65 . Jika pelanggan menulis 90849394 kami tidak tahu adakah 90 itu kod negara atau nombor tanpa kod negara. Ini adalah masalah bagi kami.

Masalah pertama yang perlu diselesaikan adalah dengan menggunakan form yang meletakkan kod negara dihadapan input nombor telefon.

Kami menggunakan plugin International Telephone Input untuk menjadikan form ini. Dengan cara ini, pelanggan sudah diberikan panduan, bagaimana untuk memasukkan format nombor telefon. Plugin ini sangat membantu dan saya sangat sarankan pengaturcara gunakan plugin ini jika anda mempunyai sistem yang mementingkan  input format telefon dengan betul.

Setelah kami selesaikan masalah input format nombor telefon, lebih mudah untuk kami hubungi pelanggan kami. Sekarang kami fokus kepada bagaimana memudahkah untuk kami menghubungi pelanggan pula.

Di web aplikasi kami, proses menghubungi pelanggan adalah dengan copy / paste dari aplikasi web dan paste di telefon, dan proses berbeza pula untuk Whatsapp pelanggan dan ia satu proses yang rumit bagi staff kami .

Di aplikasi Wahdah Partner (iOS / Android) kami terus buat satu link untuk partner kami klik link tersebut, dan terus mendail no telefon pelanggan. Walaupun ia nampak mudah, tetapi banyak aplikasi mobil yang tidak mempunyai features seperti ini (contoh Expedia Partner Central) .

Pada web aplikasi juga kami mempunyai link tersebut

Dan satu lagi kebiasaan adalah menghantar Whatsapp, dan di aplikasi web kami menambahkan link ke Whatsapp aplikasi, tanpa memerlukan partner / customer support menyimpan nombor untuk menghantar mesej.  Apabila klik icon whatsapp, terus akan membuka aplikasi Whatsapp di desktop atau pun mobile. 

Dan untuk menambah lagi kemudahan, kami terus sediakan template untuk seperti nama pelanggan, jenis kenderaan dan juga nombor booking untuk memudahkan pengenalan dihantar kepada pelanggan.

Walaupun penambah baikan ini sedikit, tetapi menambahkan efisyen kepada proses kerja kami. Ini adalah misi UX dalam mana-mana aplikasi yang kami bangunkan. Harap pos ini dapat memberikan idea bagaimana penambah baikan yang mudah ini adalah penting dalam pembangunan aplikasi.