Bayar kemudian, ehh bayar lah sekarang

Pada awal pembangunan Wahdah, kami develop satu feature dinamakan Book Now, Pay Later

Butang Book Now, Pay Later akan keluar jika tarikh yang pelanggan cari jauh lagi dari waktu pengambilan kereta. Setting ini berlainan untuk setiap kawasan , sebagai contoh Johor 30 hari dan Langkawi 15 hari.

Hasilnya, kami berjaya menangkap pelanggan yang ingin menempah, tapi masih menunggu duit gaji atau masih perlukan masa untuk membuat kepastian. Kami tidak minta kredit kad data, hanya data pelanggan, kereta dan tarikh. Kami terus assign kereta kepada tempahan tersebut seolah-olah pelanggan sudah membayar. Konsep ini memberikan beban emosi kepada customer, bahawa Wahdah sudah menjalankan tanggung jawab kami untuk anda, kami percaya anda akan membayar bila tiba waktunya, pelanggan ada masa minimum 7 hari sebelum kereta keluar untuk pelanggan membayar tempahan tersebut.

Cara Book Now, Pay Later membolehkan kami ramal berapa inventori kereta yang diperlukan. Ini adalah kuasa data, kami ada super power yang tak ramai ada, meramalkan permintaan.

Tempahan kereta bulan Febuari 2020

Saya rasa features ini sudah dilancarkan pada March 2018 (hampir 2 tahun) dan semakin lama, amaun Pay Later semakin besar sehingga kami rasakan “kalaulah duit itu customer sudah bayar”, lebih baik untuk aliran tunai kami.

Kepala semakin ligat, apa yang akan buat pelanggan mahu bayar terus walaupun tarikh tersebut lama lagi ?

Contoh butang untuk pilihan Pay Later

Jawapanya adalah Diskaun !!, haha, cliche bukan ? Tapi ini yang kami cuba, sebab Cashflow is King ! kami mahu duit pelanggan sekarang, berbanding duit mereka lagi 2 bulan. Jadi kami pancing ketika pelanggan mahu bayar kemudian, dengan tambahan diskaun pula.

Jika pelanggan memilih butang pay later
Jika pelanggan memilih butang Pay Now & Get 5% discount

Hasilnya ? Setelah 2 bulan, kami melancarkan feature Pay Now & Get 5% discount, Pay Later kami masih ada, tetapi ada pelanggan yang berduit, akan cuba jimat duit dengan bayar hari ini. Ini adalah pelanggan yang bijak.

Pelanggan ini dapat jimat RM 54, tetapi kami dapat duit pelanggan 3 bulan lebih awal

Contoh di atas adalah salah satu bagaimana kami menaikkan aliran tunai syarikat dengan dua perangkap.

  1. Perangkap data jika pelanggan memilih Pay Later
  2. Perangkap aliran tunai jika pelanggan memilih Pay Now

Harap perkongsian ini mendatangkan idea baharu kepada bisnes anda semua. Selamat menyambut tahun 2020 dan juga tahun baharu Cina. Gong Xi Fa Cai, semoga mendatangkan kegembiraan dan kekayaan kepada semua.

Siri bercakap dengan itik

Sebagai pengaturcara, biasa akan datang satu masa kita tepu, tiada idea dan menaip seperti di awang-awangan.

Tetapi kebelakangan ini aku tepu
Hampir beku ni buku lirik kosong nak berdebu
Hilang sengat hilang seri hilang seru hilang merdu
Mata tutup kepala tertelungkup
Pintu dengar ketuk oh anak ku menjenguk
Papa jangan kerut dahi
Tukar niat baca Bismillah mesti jadi

Malique / Cuba Lagi

Seperti lirik di atas, itulah perasaan apabila semua serba tidak kena.

Cara yang paling mudah untuk saya mengatasi masalah tepu adalah berdiskusi dengan pengaturcara/orang lain. Saya biasa akan berjumpa dengan mereka, apa visi/masalah yang akan diselesaikan dan tunjukkan langkah-langkah yang sudah dibuat. Kemungkinan mereka akan bertanya soalan balas, dan kita akan jawab. Proses ini akan membuka minda dan menyebabkan kebiasaannya kita dapat fokus kepada masalah yang dihadapi.

Konsep ini tidak semestinya berada disatu tempat, bersebelahan atau duduk. Telefon, berjogging adalah beberapa kondisi yang boleh dijalankan sambil bercakap. Manusia dilahirkan untuk berinteraksi dan apabila interaksi kebiasaanya akan membuka minda yang biasanya tepu.

Steve Jobs banyak menggunakan konsep berjalan sambil berdiskusi. Beliau akan berjalan dengan rakan sekerja atau staff dan akan berkongsi masalah dan cuba mencari solusi. Boleh rujuk artikel di sini . Ibu pejabat baharu Apple juga mempunya laluan besar untuk pekerja mereka boleh bercakap dan berjalan sambil berdiskusi.

Jika tiada orang yang anda rasa boleh berkongsi masalah, cuba gunakan konsep Rubber Duck Debugging. Konsep ini adalah meletakkan itik getah di sebelah meja, dan cuba bercakap masalah yang anda buntu. Dengan meluahkan perasaan, pengaturcara akan dapat masalah dari sudut yang berbeza. Objek percakapan ini tidak semestinya itik, mungkin anda boleh guna kucing , pokok bunga dan apa yang anda rasa sesuai.

Jadi, sudahkah anda bercakap dengan itik anda ?

Adakah apabila kita ubah persepsi, pengalaman juga akan berubah ?

Itu adalah persoalan yang ditanya untuk feature baharu Wahdah yang sedang dibangunkan iaitu Live Car. Persepsi biasa pelanggan adalah kereta sewa perlukan masa untuk disediakan. Pada zaman awal Wahdah, masa untuk pelanggan menempah adalah 24 jam lebih awal, jika ingin lebih awal, mereka perlu menelefon kami untuk memastikan adakah sebarang kereta yang boleh digunakan (Sekarang Wahdah sudah mengurangkan masa kepada 12 jam).

Wahdah semakin kerap mendapat pertanyaan di live chat dan juga telefon dengan soalan.

  1. Ada kereta yang boleh dipakai sekarang ?
  2. Bolehkah kereta diambil pagi ini dan pulang petang pada hari yang sama?

Solusi sekarang kami menggunakan feature pre-book.

  1. Tanya bahagian operasi, kereta apa yang masih tersedia sekarang
  2. Isikan borang pre-book secara online dengan data kereta yang ada.
  3. Hantar kepada pelanggan link untuk pelanggan membuat tempahan & bayaran.

Proses ini memerlukan kerja manual dan perlahan. Kadang-kadang pelanggan tidak sabar dan kami kehilangan pelanggan.

Bagaimana jika kami ubah persepsi pelanggan, bahawa kereta boleh diambil sekarang dan mereka juga boleh guna kereta secara fleksibel ?

Tidak semua kereta boleh dipakai sekarang, tetapi jika ada bagaimana membezakan dengan kereta yang perlukan notis awal ?

Jadi kami membezakan carian kereta yang boleh dipakai sekarang dengan kereta yang perlu persediaan dahulu. Dengan kotak kereta berbeza dengan yang lain, pelanggan tahu kereta ini boleh di sewa sekarang .

Bukan semua kawasan boleh dijadikan kawasan Live Car,  jadi apabila kawasan yang dipilih wujud live car, akan ada tab yang berbeza.

Ada beberapa UX lagi sedang ditambah baik untuk menjadikan pengalaman baharu Live Car adalah pengalaman yang paling menarik pelanggan pernah alami dan akan mengubah persepsi bahawa menyewa kereta adalah proses yang sukar.