WaBook – WordPress Plugin untuk WAP

Apabila kami memulakan program Wahdah Associates Partner (WAP), kami ingin memberikan sokongan dari hujung rambut hingga hujung kaki untuk pengusaha kereta dan juga pemilik kenderaan yang ingin menguruskan kereta mereka. Jadi kami bangunkan sistem pengurusan akaun dan kenderaan kereta sewa di https://partners.wahdah.my

Sistem Pengurusan Akaun & Kenderaan Kereta Sewa

Selepas itu mereka ingin website mereka boleh digabungkan dengan sistem WAP. Kami bangunkan API untuk pengaturcara boleh cantumkan halaman web mereka dengan sistem kami https://docs.wahdah.my/ .

Dokumentasi API untuk sistem WAP

Ia agak teknikal bagi pengusaha kereta sewa dan tiada hubungan dengan pengaturcara menyukarkan integrasi halaman web mereka. Jadi kami pergi balik ke papan lukisan apakah yang diperlukan untuk mereka. Kebanyakan mereka menggunakan WordPress sebagai halaman web mereka. Jadi kami merasakan plugin WordPress adalah salah satu opsyen yang mudah untuk integrasi.

Plugin WordPress untuk WAP

Kami menggunakan WordPress Plugin Boilerplate untuk menghasilkan plugin ini yang dinamakan WaBook – https://github.com/wahdah/wabook . Plugin ini masih dalam fasa beta dan boleh digunakan oleh partner-partner kami. Kepada pembangun dan penggemar WordPress, ini peluang anda untuk kerjasa dengan Wahdah dan 100++ partner kami untuk bangunkan halaman web mereka .

Jadi apa lagi ? Jom cuba plugin ini dan berikan maklum balas kepada kami untuk tambah baik.

Undang-undang 7

Kalau perasan, apabila kita melayari Agoda atau Lazada, selepas itu kita pergi ke Facebook. Kita nampak hotel atau produk yang sama dipaparkan di Sponsored Post. Menakutkan bukan ?
 
Carousel di FB menggunakan Pixel

Teknologi ini di panggil Facebook Pixel. Di mana apabila anda melawat website seperti WAHDAH.My , ia akan menyimpan data jika anda pernah datang, cari, view, add to cart dan juga yang membayar. Selepas itu di FB, Wahdah hanya perlu setup pelanggan yang pernah pergi ke website kita untuk paparkan produk-produk yang pernah dilihat oleh pelanggan berikut.

 

Events di Facebook yang ditrack
 
“Rules of 7” menyatakan bahawa pelanggan perlu melihat 7 kali sebelum membuat keputusan untuk membeli. Dengan kaedah Facebook Pixel ini pelanggan akan diingatkan bahawa niat mereka untuk menempah boleh diteruskan jika terlupa.
 
Menarik bukan ?

Wah dah nak habis ! Cepat booking !

Untuk meningkatkan conversion, kami perlu kaji emosi pelanggan apabila membuat satu tempahan. Ada beberapa penambah baikan yang dilakukan minggu lepas. Kebiasaanya apabila kuota kereta sudah habis, kami hanya blok secara manual dan senarai kereta semakin sedikit. Ini menyebabkan pelanggan merasakan kami tidak mempunyai inventori kereta yang banyak.

Feature baru yang kami perkenalkan adalah inventori “sold out” .  Kereta yang sudah diblok tidak akan hilang dari senarai, tetapi akan di ubah warna dengan dilabelkan dengan “fully booked”. Desain ini akan menjerit WAH DAH NAK HABIS ! CEPAT BOOKING !!!! 😅

Wah dah habis stok ! Cepat booking

Air Asia antara yang popular dengan mengajar pelanggan-pelanggan mereka, bahawa siapa yang booking awal (sehingga awal setahun !) akan diupah dengan diskaun. Kami menggunakan konsep ini dengan mengajar pelanggan-pelanggan kami bahawa “early bird get gets the worm”. Untuk bulan November ini kami memberi diskaun kepada pelanggan yang ingin tempah pada bulan Februari.  Lama kelamaaan pelanggan kami tahu bahawa mereka perlu tempah awal dan tak perlu minta diskaun setiap kali untuk mendapat penjimatan.

Klik di sini untuk lihat diskaun pada bulan Februari 🤑

Wah Dah Murah ! Cepat Tempah !!

Ini juga perlu diselarikan dengan kod untuk menyokong promo “auto-applied” untuk setiap kereta. Pelanggan tidak perlu meletakkan promo code sebelum membuat pembayaran.

Dan yang akhir sekali, kami perasan conversion di langkah terakhir banyak yang tidak bertukar kepada pembayaran. Pelanggan banyak berhenti di langkah mencari promo code.

  1. bertanya customer servis ada tak promo code sekarang ?
  2. mencari di Google “wahdah promo code” dan jika promo code tidak valid, mereka meninggalkan tempahan tersebut 😭
Promo code form

Apa yang kami buat adalah sembunyikan form ini untuk mengurangkan gangguan semasa membuat pembayaran. Kita tidak mengganggu niat pelanggan untuk membayar dan hasilnya lebih banyak transaksi berlaku 🙏.

 

Wah Dah Hilang 😱

Apabila pelanggan nak masuk, hanya klik link tersebut

Wah Dah ada !

Maka dengan ini, kami berharap lebih banyak conversion berlaku setelah tambah baik . Tiada A/B dilakukan, kerana CTO tak sempat nak buat 😂.

Apa pula selepas ini ? Penambahbaikan slip keluar

Sebenarnya apabila membangunkan perisian. Tiada istilah siap, sentiasa ada yang boleh ditambah baik. Setelah kami lancarkan halaman web baru untuk Wahdah  , sedikit demi sedikit UI/UX untuk pelanggan pula perlu ditambah baik.

Biasanya invois atau dalam kes kami (checkout slip) yang diberikan kepada pelanggan untuk setiap transaksi menjadi keutamaan rendah untuk pengatucara 😅. 

Dari maklum balas pihak operasi, kami nampak banyak masalah apabila dokumen ini digunakan apabila pelanggan yang ingin mengambil kereta. Kami rasa perlu untuk menambah baik dokumen ini.

Di bawah ini disertakan cakupan skrin untuk sebelum dan selepas. Anda rasa ?

Desain Sebelum
Desain selepas

Evolusi Content Management untuk Wahdah

Halaman web Wahdah.my telah berlaku beberapa evolusi sehingga terhasilnya #newWahdah sekarang . Kami menggunakan Drupal (versi 7) untuk kandungan website muka hadapan bagi pelanggan dan subdomain untuk aplikasi tempahan (menggunakan CakePHP) .

Versi pertama halaman web Wahdah

Pada versi pertama, kami menggunakan iframe untuk mengeluarkan form tempahan kereta. Cukup mudah tetapi banyak kelemahan dari segi SEO dan responsive mobile. Ini kami warisi dari pembangun terdahulu jadi kami rasa kami boleh tambah baik lagi versi asal ini.

Versi kedua halaman web Wahdah

Pada versi kedua, kami menggunakan Drupal dan module custom kami sendiri. Kami rasa ini adalah jalan yang terbaik kerana kami boleh mengawal apa yang dipaparkan di Drupal.  Beberapa kebaikan adalah Drupal banyak module yang boleh digunakan untuk penambah fungsi-fungsi tambahan halaman web kami.

Keburukan yang kami rasa adalah kesukaran untuk membangunkan module dalam Drupal (mungkin kelemahan sendiri) dan satu lagi kami aktif membangunkan aplikasi tempahan sehingga kadang-kadang kami terlupa update form tempahan di module Drupal.

Kami perlu mengawal ‘pengalaman’ untuk pelanggan kami apabila membuat tempahan dan kami rasa dengan Drupal ia menghalang apa yang kami ingin beri kepada pelanggan.

Ada beberapa pilihan yang ada.

  • Buat module CMS di CakePHP dan kawal segalanya di CakePHP

Cara ini bagus tetapi akan menambah beban pengaturcara kami untuk membangunkan modul yang tidak ada kena mengena dengan aplikasi utama. CMS dari segi teori nampak mudah, tetapi akan menjadi semakin sukar dengan feature yang bertambah. Ini adalah satu beban yang kami tidak mahu untuk tambah kepada pengaturcara kami. Jadi kami memilih cara kedua iaitu

  • Jadikan Drupal RESTful mengguna module Services dan tarik kandungan ke aplikasi CakePHP Wahdah

Cara ini menyebabkan beban pengaturcara lebih ringan kerana fokus untuk pemaparan kandungan di aplikasi dan semua kerja berat proses format kandungan masih dijalankan oleh Drupal.

Halaman web baharu Wahdah

Jadi apa yang anda lihat di https://www.wahdah.my sekarang adalah aplikasi CakePHP semata-mata dan semua content seperti

Blog – https://www.wahdah.my/blog
Berita – https://www.wahdah.my/news
Halaman statik – https://www.wahdah.my/the-team

Ini semua ditarik dari Drupal untuk halaman web baharu kami.  Kami gembira dengan keputusan yang dibuat. Segala ‘pengalaman’ yang diberikan kepada pelanggan lebih mudah dikawal kerana kami yang bangunkan ‘kedai’ ini  dari awal. Wahdah akan sentiasa berevolusi dan kami harap perkongsian ini memberikan menafaat kepada semua 💪 .

Sokongan Landing Page SEO

Pada zaman dahulu, Pagerank adalah penanda aras bagi halaman web. Sekarang dengan pelbagai ranking antaranya DA = Domain Authority & PA = Page Authority juga menjadi rujukan. Kebiasaanya untuk Adwords atau SEO kita hanya optimize halaman utama e.g www.wahdah.my dan jika ada keyword yang ingin di rank di Google, semua keyword akan diletakkan di halaman utama.

Cara ini dikenali sebagai keyword stuffing menyebabkan Google memandang serong perbuatan ini. Ada beberapa teknik yang saya gunakan di #newWahdah sebagai contoh jika saya ingin optimize keyword

  1. car rental kuala lumpur
  2. car rental kl
  3. kereta sewa kuala lumpur
  4. kereta sewa kl

saya boleh buat beberapa sub page

e.g

www.wahdah.my/car-rental-kuala-lumpur
www.wahdah.my/kereta-sewa-kuala-lumpur
www.wahdah.my/car-rental-kl
www.wahdah.my/kereta-sewa-kl

Proses ini adalah time consuming bagi marketer / SEO untuk membuat optimization bagi setiap halaman web.

Jika SEO / Digital Marketer ada skill programming atau bekerjasama dengan rapat dengan programmer, sebenarnya kebanyakan framework terbaharu menyokong localize landing page. Sebagai contoh di #newWahdah kami menggunakan ini untuk masalah di atas

  1. https://www.wahdah.my/en/cars/kuala-lumpur
  2. https://www.wahdah.my/ms/cars/kuala-lumpur

Kedua-dua web ini secara automatik akan menggunakan bahasa yang berlainan iaitu English & Bahasa Melayu dan keyword serta form akan terisi secara automatik lokasi Kuala Lumpur di dalam ruangan carian. Tajuk page seperti Page Heading,  Title & description boleh di customize kepada halaman web tersebut.

Car rental in Kuala Lumpur dalam Bahasa Melayu
Car Rental in Kuala Lumpur dalam Bahasa Inggeris

Kami masih lagi menyiapkan terjemahan bahasa Melayu, tetapi secara kasarnya, jika siap, halaman web Melayu akan menunjukkan keyword Melayu untuk kereta sewa Kuala Lumpur dan Inggeris menunjukan keyword Inggeris tentang Car Rental Kuala Lumpur.

Bukan sahaja teknik ini adalah ‘mesra enjin carian’ , ia juga adalah mesra pelanggan dengan menyebabkan halaman web ini lebih relevan dengan keyword yang mereka klik dari Adwords atau hasil carian Google.

 

 

Wahdah 3.0 : Transformasi antaramuka mobile

Wahdah sudah melalui beberapa transformasi sejak setahun lalu. Menjadi CTO dalam Wahdah seperti membetulkan kapal terbang yang sedang terbang. Ia satu tugas yang mendebarkan tetapi menyeronokkan.

Antara projek yang terbaharu adalah memfokuskan bahagian pelanggan kami. Ini adalah projek yang besar kerana ini adalah sumber pendapatan Wahdah, muka utama apabila pelanggan datang untuk mendapatkan perkhidmatan kereta sewa.

Dari Google Analytics pengunjung yang data dari mobile adalah dengan purata 60% mobile / 40% desktop, tetapi pendapatan dari mobile vs desktop  berbeza iaitu 32% pendapatan adalah dari mobile / 68% adalah dari desktop. Menarik bukan ? Jadi satu hipotesis sudah dibuat untuk memperbaiki conversion rate di mobile.

Selain dari mobile apps (Android / iOS ) , mobile web secara responsif  (di mana apabila sistem dapat kesan pengguna dari mobile, antaramuka web akan bertukar untuk pengguna mobile) adalah alternatif terbaik untuk pelanggan kami.

Muka hadapan

Menu atas di klik

Footer

Di atas adalah antaramuka mobile Wahdah.my sekarang. Agak baik mengikut standard, tetapi kami mahu lebih lagi kerana kami ada 60% pelanggan mengakses Wahdah melalui mobile dan hanya 32% jualan.

Eksperimen pertama adalah halaman produk limousine kami.

Muka hadapan limousine

Tiada apa yang berubah kerana muka hadapan sudah cukup mudah, tetapi apa yang kami cuba ubah adalah di ruangan menu dan footer.

Menu apabila diklik tidak seperti sebelum ini. Kami menggunakan UX yang biasa di mobile apps dengan side slide berbanding dengan sekarang top slide. Footer di bawah juga kami buang dan dipindahkan ke menu tepi ini. Ini nampak lebih kemas.

Juga kelihatan di sini ada beberapa features baharu seperti terjemahan ke Bahasa Malaysia / English  dan juga matawang USD / RM.

Jika sebelum ini, untuk telefon ke hotline Wahdah tidak secara auto apabila pelanggan klik ke nombor tersebut, beberapa penambah baikan yang mudah membolehkan pelanggan klik dan terus telefon ke hotline Wahdah di mobile.

Ini adalah antara perancangan Wahdah 3.0 , dengan penambah baikan antaramuka mobile. Dengan penambahan ini, diharapkan conversion di mobile juga meningkat selaras dengan peratusan pelanggan di mobile. Kami belum habis lagi bereksperimen, dan berharap dapat melancarkan versi baharu ini secepat yang mungkin.

Saya juga akan mencuba A/B testing atau Split testing untuk mengenal pasti, adakah antara muka baharu memudahkan atau tiada perubahan yang berlaku. Jika berubah, 😁, jika tidak 😥 , kita cuba lagi 💪.

 

Teknologi Mengubah Lanskap Sistem Pengangkutan Indonesia?

Tanggapan saya kini berubah, suatu ketika dahulu pengangkutan bajet boleh menjadi mimpi ngeri. Saya sendiri pernah dirompak secara ‘terang2an’ di dalam pengangkutan awam dan telah ‘mengorban’ kan Nokia 3310 saya. Pengalaman menetap di Indonesia selama beberapa tahun menjadikan saya ber’mindset’ kasar terhadap dunia pengangkutan. 

Indonesia sebuah negara yang mempunyai populasi yang tinggi. Siapa yang pernah ke Indonesia pasti tahu bagaimana keadaan negara ini dari sudut geografi dan budayanya. Jakarta pula, sebuah ibukota yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dan kini jumlahnya hampir mencecah 33 juta penduduk, menjadikan Jakarta antara ibukota yang mempunyai penduduk paling padat di dunia. Hampir setiap hari penduduknya akan menghabiskan masa berjam-jam di dalam kesesakan lalulintas.

BlueBird

Jenama yang sudah terkenal di Indonesia sebagai Big Player dalam industri teksi juga sebuah bisnes keluarga yang telah beroperasi hampir 40 tahun di Indonesia. Teksi biru ini dahulunya menjadi sebutan ramai kerana antara syarikat teksi yang paling selesa dan boleh dipercayai.

Namun, syarikat yang mempunyai jenama kini hampir tumbang kerana arus perubahan teknologi pengangkutan yang begitu pantas. Tatkala mereka berusaha untuk membuat ‘exit plan’ dengan menubuhkan Blue-Jek, ternyata juga tumbang sebelum berkembang. Kerana masa yang sesuai (right time) telah mendahului idea mereka. Continue reading “Teknologi Mengubah Lanskap Sistem Pengangkutan Indonesia?”

WaHero – Pengembaraan ke perisian yang sempurna

Tiada perisian yang sempurna, tetapi pengalaman menuju kesempurnaan adalah pengembaraan yang perlu dicari – Amran 😁

Kepada sesiapa yang tidak tahu lagi, WaHero cuba menyelesaikan 2 masalah ekosistem kereta sewa

  1. Penggunaan masa staf syarikat ketika bulan penyewaan rendah
  2. Syarikat yang tiada cukup staf untuk menguruskan penyerahan & penerimaan semula kereta.

Continue reading “WaHero – Pengembaraan ke perisian yang sempurna”

Kolaborasi Untuk Hasil Yang Lebih Baik – Soft Launch API & WaHero

Dalam era digital hari ini, tiada menang atau kalah dalam industri bisnes. Tidak perlu menyaingi kerana kebanyakan persaingan hanya akan mematikan. Manusia tidak lagi memerlukan siapa yang paling kuat untuk menang, hanya perlukan siapa yang sudi menghulurkan dan saling membantu dan menguatkan. Idea distruptive trend kini perlu diinovasikan dengan lebih banyak kolaborasi

Photo by Tazbay Studio

Oleh yang demikian, sejak sistem kami dilancarkan dan ditawarkan kepada umum November tahun lalu sehingga kini, lebih 80 syarikat berdaftar beserta dengan hampir 800 kenderaan terkumpul dan dipasarkan oleh setiap syarikat dalam satu-satu masa hingga mencecah keseluruhan transaksi bernilai hampir RM4.1 juta. Dengan statistik sedia ada, kami membuat banyak eksperimen penting dan hasilnya cukup memberangsangkan. Tujuan kami satu, membantu dan membangunkan ekosistem kereta sewa yang sihat. Continue reading “Kolaborasi Untuk Hasil Yang Lebih Baik – Soft Launch API & WaHero”